Monday, 11 May 2020

MALAYSIA

PENGALAMAN BERCUTI BERSAMA KELUARGA

Selamat sejahtera semua, pada hari ini saya akan berkongsi pengalaman dan info-info menarik tentang tempat yang pergi ketika cuti sekolah baru-baru ini.Semoga dapat menarik minat kalian ketika membaca penulisan saya ini.


 Negara kita mempunyai banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi. Jika menginginkan percutian ke tempat-tempat menarik tidak perlu ke luar negara menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati pemandangan yang indah.
Pulau perhentian yang terletak di Terengganu merupakan destinasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua orang.Pulau ini amat menarik pelancong dari luar negara ke sana. Jadi sesuai pantai ini dijadikan tempat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.


 Pengalaman saya dan keluarga pergi ke Pulau perhentian masih tersemat di hati walaupun sudah lima bulan berlalu.Jadi saya sendiri dapat merasai keindahan alam dan pemandangan yang benar-benar menarik perhatian.Pada hari kami sekeluarga ke sana , kami tidak merancang apa-apa perancangan . Memandangkan bapa saudara saya tinggal berdekat denan pulau perhentian , jadi ketika dia dan keluarganya ingin ke sana . Saya mengambil peluang ini untuk pergi ke sana, Sebenarnya ketika ini kami pulang ke kampung di Kelantan .Kami bercadang untuk ke sana hanya sehari sahaja dan singgah di rumah bapa saudara saya.Seawal jam 8.00 pagi , saya dan keluaga bersiap-siap untuk pergi ke sana.Memandangkan bapa saudara saya selalu ulang-alik dari sana ke sini , jadi mudahlah bagi kami untuk mendapat pegangkutan pergi ke pulau tersebut. Bapa saudara saya memiliki bot sendiri jadi kami ke sanaa menaiki botnya.








Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa 45 minit. Ini merupakan pengalaman pertama saya merentas lautan. Pada mulanya saya berasa takut dan gementar tetapi selepas beberapa minit berada di atas bot , saya berasa teruja dan gembira sambil meneliti ciptaan tuhan.Selepas 45 minit,kami sampai di sana kami terus menuju ke rumah bapa saudara saya . Sepanjang melalui kawasan di Pulau tersebut saya dapat melihat ramai pelancong membeli cenderamata di keedai-kedai kecil.



Suasana di sana amatt menyeronokkan kerna angin yang sangat segar dan di sana tidak banyak pengangkuan seperti motor , mereka berjalan kaki sahaja untuk pergi ke mana-mana. Hal ini menyebabkan udara di sana tidak tercemar.



Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila bapa saudara saya mengajak kami pergi ke pantai . Saya tidak melepaskan peluang apabila ditanya oleh bapa saudara saya untuk berenang dan menikmati pemandangan dalam air. Wah , saya berasa amat teruja sekali apabila saya berjaya melihat pemandangan dalam air.Saya dapat melihat khhazanah-khazanah laut yang sangat cantik. Saya juga disuruh oleh pengawal keselamatan di sana untuk memakai jaket keselamatan agar dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku.







Selepas beberapa jam,saya dan keluarga berada di pantai , kami ke rumah bapa saudara saya semula dan bersiap-siap untuk pulang.Sebelum pulang ke kampung semula, kami pergi ke kedai makan di sana. Kami sempat juga melalui kawasan rumah-rumah dan gerai-gerai. Orang di sana juga sangat baik dan ramah.Kami mebeli beberapa cenderamata untuk diberi kepada ahli keluarga yang lain.





Akhir kata tidak rugilah jika kalian ke sana bersama keluarga untuk bercuti.Percutian yang menarik bersama keluarga mestilah amat menyeronokkan dan dapat menghiburkan hati , bukan dengan keluarga sahaja tetapi dengan rakan-rakan pun apa salahnya.Dalam usaha  untuk memperkenalkan lagi Pulau Perhentian ini kerajaan negeri telah mengadakan pesta kebudayaan di Pulau pada setiap tahun.Jadi sebagai seorang yang bertanggungjawab ,wajarlah kita menjaga keindahan alam semula jadi seperti khazanah-khazanah laut agar dapat menarik minat pelancong luar dan dapat dilihat oleh generasi akan datang.

Sekian itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Saya berharap perkongsian ini dapat membberi manfaat kepada anda semua . Semoga berjumpa lagi dalam penulisan blog saya yang lain.